SIBER KAUNSELING

Siber Kaunseling

Sekiranya anda masalah mengenai kerja,stress atau malu dikalangan klien silalah layari laman web dibawah untuk memilih kaunselor yang anda kehendaki …masalah anda akan dijawab oleh kaunselor yang anda pilih dalam masa 48 jam…

http://www.jpa.gov.my/perkhidmatan-teras/kaunseling/siberk/

  • Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah memperkenalkan program Siber-K (Siber Kaunseling) pada November 1997. Siber-K menggunakan pendekatan e-mel bagi memberi perkhidmatan kaunseling. Ia diharapkan dapat:
    • Memudahkan klien untuk berhubung dengan kaunselor,
    • Mengurangkan perasaan malu di kalangan klien
    • Mencegah masalah diperingkat awal dan mengelakkan daripada berlarutan
    • Sumber rujukan awal untuk perkhidmatan kaunseling dan
    • Menjadikan perkhidmatan kaunseling tidak asing di kalangan kakitangan awam

    Siber-K adalah bertujuan untuk:

    • Membantu dalam berfikir, berperasaan dan bertingkah laku secara kolektif mengikut keadaan
    • Membantu menilai kekuatan dan kelemahan diri supaya dapat membangunkan potensi diri.
    • Membantu mendapatkan alternatif dalam kehidupan supaya lebih mudah untuk membuat sebarang keputusan.
    • Membantu untuk bekerja dengan lebih konstruktif.
    • Membantu dalam berhadapan dengan stres secara produktif dan mengurangkan kesan negatif akibat dari stres.

    Proses Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling Melalui Siber-K

    • Individu yang memerlukan perkhidmatan kaunseling boleh memilih kaunselor yang dikehendaki.
    • Anda akan dirujuk terus kepada e-mel kaunselor yang dipilih, sila taip sebarang pertanyaan atau permasalahan anda dan kemudian hantar(send) kepada kaunselor berkenaan.
    • E-mail anda akan dijawab dalam masa 48 jam oleh kaunselor yang dipilih.
    • Ini bergantung kepada ruang masa kaunselor. (mengambilkira cuti, tugasan luar pejabat atau kursus kaunselor berkenaan).
    • Proses seterusnya adalah berdasarkan perbincangan dengan kaunselor anda. Anda digalakkan untuk berjumpa kaunselor secara bersemuka bagi mendapatkan sesi kaunseling yang lebih keberkesan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: